Tawau Drag: Karnival Sukan Bermotor TMAS 2012

Assalamualaikum

Selain dari Es Teler dan pitik, Tawau kini mempunyai satu lagi identiti yang nampaknya menjadi fenomena. Merujuk kepada tajuk entry, sukan perlumbaan drag ataupun drag race kini telah menjadi satu acara tahunan di Tawau. Dan pada tahun ini, Karnival Sukan Bermotor TMAS 2012 muncul untuk menceriakan kita semua.

Sebenarnya penghargaan haruslah diberikan kepada  pihak kerajaan kerana membenarkan kawasan Airport Lama Tawau dijadikan sebagai venue karnival bermotor TMAS ini. Daripada ia menjadi tempat maksiat, lebih baik aktiviti sebegini dijalankan.

Karnival tersebut berlangsung selama dua hari (28&29 April). Banyak aktiviti dijalankan, antranya perlumbaan drag pelbagai kategori, pertunjukan motocross, four wheel, autoshow dan sebagainya. Akibat jadual harian yang kononnya padat, aku hanya sempat menyinggah pada hari pertama.

tawau drag 11 thumb Tawau Drag: Karnival Sukan Bermotor TMAS 2012

Jika ingin bermain teknik “panning”, disinilah tempatnya. Anda boleh berkesperimen sepuas hati, dan subjek juga menarik-menarik belaka. Lihat saja gelagat abang di atas. “Jiwa kelajuan” mungkin motto hidupnya.

tawau drag 8 thumb Tawau Drag: Karnival Sukan Bermotor TMAS 2012

Sudah tentu motosikal yang mengambil bahagian ini sudah menjalani proses modifikasi bagi meningkatkan kelajuan dan kecekapan. Mungkin ada yang melihat aktiviti seumpama ini hanya melibatkan dua pelumba yang beradu kepantasan semata, namun, ini juga sebenarnya menjadi medan menguji kreativiti, inovasi, dan teknik kejuruteraan belia Tawau.

Dan tidak dinafikan, ini juga merupakan medan seorang lelaki itu menunjukkan kejagoannya kepada si gadis yang sedang memerhati. Mungkin dia kalah bertanding, namun jika nombor telefon si gadis yang mirip Agnes Monica berjaya diperoleh, segalanya berbaloi.

tawau drag 9 thumb Tawau Drag: Karnival Sukan Bermotor TMAS 2012

Negara kita kini memasuki era inovasi dan kreativiti. Meaning to say, perkara yang biasa seperti merempit, melepak tanpa arah tuju, ataupun mengurat kekasih orang adalah sesuatu yang ketinggalan zaman. Untuk bersaing di zaman ini, kreativiti memainkan peranan. Mencapai sesuatu yang lain dari yang lain, pasti akan membantu.

Oh ya. Menukar jantina dan menjadi gay tidak termasuk. Melakukan inovasi terhadap jantina dan cuba menjadi kreatif dengan nafsu songsang adalah berdosa besar.

tawau drag 3 thumb Tawau Drag: Karnival Sukan Bermotor TMAS 2012

Penganjuran Karnival Sukan Bermotor TMAS 2012 sememangnya rasional pada ketika ini. Kita harus mengakui bahawa ramai belia kita meminati bidang sebegini, iaitu bidang permotoran. Ini merupakan landasan terbaik untuk mereka menguji sejauh mana kemampuan mereka.

Bayangkan, jika tiada karnival ini, mungkin ada yang akan berlumba di hadapan pasar sayur akibat tiada tempat untuk menguji kepantasan.

tawau drag 4 thumb Tawau Drag: Karnival Sukan Bermotor TMAS 2012

Pujian juga harus diberikan kepada kepala penganjur untuk tahun ini, Bro Ringgo. Siapa yang tidak kenal beliau kan? Menjadi idola ramai peminat sukan motor tempatan. Pernah belajar di luar negara dalam bidang ini. Nah semangat dan keazaman sebegini yang harus ada ok. Untuk berjaya, minat sahaja tidak mencukupi. Harus disertakan dengan keazaman untuk mencari ilmu.

tawau drag 12 thumb Tawau Drag: Karnival Sukan Bermotor TMAS 2012

Semoga Karnival Sukan Bermotor TMAS atau yang seumpamanya akan terus diadakan lagi pada tahun hadapan. Sudah beberapa tahun event ini berlangsung, dan penyertaannya kian memberangsangkan.

Kepada belia Tawau, jika anda pantang dicabar, inilah tempat untuk anda menyahut cabaran itu. Bukannya di highway, jalan apas, ataupun jalan tepi kuburan Islamiyah sana. Salurkan keberanian dan minat anda di jalan yang benar dan lurus, selurus jalan di Airport Lama ini.

tawau drag 2 thumb Tawau Drag: Karnival Sukan Bermotor TMAS 2012

Kepada pengunjung yang hadir pula, sentiasalah berjaga-jaga dan cuba untuk berada pada jarak yang selamat semasa perlumbaan. Sesungguhnya kereta yang bertanding itu bukan datang dari syurga. Tidak mustahil akan berlaku perkara yang tidak diingini.

Kasihan petugas pada hari tersebut. Setiap saat harus mengawal penonton agar tiada yang termakan tayar. Tahniah diucapkan.

tawau drag 1 thumb Tawau Drag: Karnival Sukan Bermotor TMAS 2012

Entry akan datang, akan mengetengahkan Basikal budak Tawau pula. Adios!!!

*Sudir Suichi*

This entry was posted in panning and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>