Sesuatu yang annoying ketika memandu~!

Assalamualaikum

Minggu ini akan berlangsung Regatta Lepa 2012 di Semporna. Sepertinya tidak dapat aku ke sana kerana tugas. Ya tugas aku ialah tugas paling penting di dunia. Percayalah.

Adakah anda seorang pemandu? I bet you are! lesen memandu adalah satu keperluan ketika ini. Memiliki lesen bagi seseorang sama pentingnya dengan memiliki wajah bebas jerawat dan mulut tidak berbau. Begitu sekali.

Namun sebagai pemandu, tentunya kita tidak terlepas dari menghadapi saat-saat atau ketika dimana kita akan terasa annoying dan geram dengan karenah pengguna jalan raya lain.

Ok sebelum mula merapu, gambar hari ini adalah gambar aku sendiri, yang memandu dengan kelajuan cahaya! keh keh. Ok mari mulakan.

proton preve 3 thumb Sesuatu yang annoying ketika memandu~!

Situasi 1:

Pada suatu hari anda sedang memandu di kawasan bandar. Hari yang cerah, indah, dan kebetulan anda baru sahaja menang cabutan bertuah. Segalanya tampak sempurna walaupun jalan raya agak sesak.

Tanpa dipinta, tiba-tiba anda ingin ‘melabur’. Mungkin akibat penangan 5 pinggan kuey tiau semalam. Dan anda yakin ‘pelaburan’ ini merupakan yang terbesar dalam sejarah hidup anda.

Anda mula gelisah. Punggung mula bergerak ke kiri dan kanan. Mata mula ligat mencari dimanakah tempat parking agar anda boleh segera mencari tandas. Cuaca yang tadinya indah pun tiba-tiba bertukar panas terik. Jalan raya semakin sesak. Dan parking kosong tiada!!

Masa semakin suntuk. Penghawa dingin sudah tidak mampu menampung bau yang anda hasilkan. Dan otot punggung anda mula terasa ‘cramp’ dan sudah tidak mampu menahan ‘ia’ dari menerjah keluar.

Di saat anda merasakan segalanya mungkin berakhir dengan tragedi, terpancar sinar harapan. Dari jauh kelihatan ruangan kosong di celah kenderaan yang sedang parking. “Yes! ada parking!!” anda bersorak sendirian. Anda bergegas ke sana. Harapan sememangnya mampu untuk membuat kita bertahan lagi dan lagi.

NAMUN, kecewa yang menanti. memang ada dua parking yang kosong. Tetapi ada sebuah kereta kancil yang parking di antara dua petak parking tersebut!!!! What the……………!!!!!!

Tragedi yang bakal berlaku kemudian rasanya sukar diungkap dengan kata-kata.

proton preve 1 thumb Sesuatu yang annoying ketika memandu~!

Situasi 2:

Sedikit info sains sebelum aku mulakan bicara: Apabila keadaan sekeliling gelap, anak mata kita akan membesar bagi membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Ini membolehkan kita menyesuaikan penglihatan dengan persekitaran yang gelap. Ok.

Bagini, anda sering memandu jauh pada malam hari. Almaklumlah, bekerja di luar kawasan liputan. Jalan raya ke destinasi anda pula tidak dilengkapi lampu neon. Solusinya, anda akan menggunakan lampu tinggi atau ‘high beam’ ketika memandu.

Apabila muncul kenderaan dari arah bertentangan, apa yang anda lakukan?

Manusia normal dan berakal waras pasti dapat berfikir yang lampu tinggi tadi haruslah direndahkan bagi memudahkan kenderaan dari depan tadi melihat dengan baik. Dan kita juga akan mengharap si kawan tadi melakukan perkara yang sama.

Tapi bagaimana jika si kawan dari depan tadi tidak merendahkan lampunya? kebetulan ketika itu anda sedang memandu proton wira yang rendah. Manakala dari depan sebuah lori 24 tayar mirip ketua autobots, iaitu Optimus Prime. Sudahlah lampu tinggi, semua spot light juga dia hidupkan, temasuk lampu henpon beliau. Memang sakit mata! Tension beb!!

So please, kita kena sesekali memikirkan orang lain juga. Oh bukan sesekali, setiap masa ok!

tawau3 thumb Sesuatu yang annoying ketika memandu~!

Situasi 3:

Pada suatu hari anda memandu memasuki sebuah kampung untuk membeli putu. Nama pun kampung, sudah pasti jalan raya disana sempit, berlubang sini dan situ, dan banyak ‘bump’. Walaupun jalan tersebut hanya muat untuk dilalui satu kereta sahaja, ia tetap menjadi jalan dua hala. Itu perkara biasa.

Setelah anda membeli putu yang dihajati, anda bergerak pulang. Ketika menyusuri jalan yang sempit itu, tiba-tiba muncul sebuah kereta dari hadapan.

Di sebelah kiri jalan, lopak air sedalam 1meter. Di sebelah kanan jalan, pagar kawat berduri. Akibatnya, tiada mahu mengalah! Hendak reverse, ada pula konvoi orang kahwin di belakang. Hendak bergerak ke tepi, takut tercalar pula kereta Lamborghini Gallardo anda yang baru dibeli semalam. Jadi bagaimana??

3 jam terpaku disana. Tiada yang mahu mengalah untuk ke tepi. Akhirnya anda mengalah. Atas dasar tolak ansur, anda menggerakkan Lamborgini anda ke tepi, memasuki lopak yang dalam tadi. Geseran di bawah kereta sudah kedengaran bunyinya. Namun calar di hati siapa yang tahu.

Kini kereta di hadapan anda sudah boleh bergerak ke hadapan.

Bukan sanjungan diharapkan. Bukan juga penghargaan dalam bentuk sijil yang dipinta. Ucapan terima kasih sudah lebih dari memadai. Tapi apa yang anda dapat? Brader yang anda bagi jalan tadi hanya berlalu selamba, melihat tajam ke arah kita seperti melihat perogol bersiri.

Tidak cukup dengan itu, dia kembangkan pula hidungnya , habis gas oksigen dia sedut!kemudian dia pakai pula spek mata Rayban tiruannya, menekan-nekan minyak beberapa kali, kemudian berlalu pergi. Meninggalkan anda terkapai-kapai di dalam lumpur. Kalau kereta mahal tadi tidak mengapalah juga. Motokar tahun 70-an yang diubahsuai menjadi Evo saja pun. Sudah berlagak.

proton preve 2 thumb Sesuatu yang annoying ketika memandu~!

Kadangkala kita terlupa yang jalan raya ni orang lain pun guna juga. Mungkin bagi kita ini perkara kecil, tapi bagi yang menderita, pasti akan menjadi trauma buatnya. So kita haruslah beringat.

Apapun, budi bahasa, tolak ansur, hormat menghormati haruslah ada. Jika tiada, kasi ada! Sekian~!

tawau4 thumb Sesuatu yang annoying ketika memandu~!

*SudirSuichi*

This entry was posted in influlensa, Regatta Lepa, Tawau and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>