>Motosikal dan Basikal~~~

>

Assalamualaikum
[BE aku semua dah jadi ME.. hahaha]

Motosikal. Satu pengangkutan yang tidak asing lagi khususnya dalam kalangan masyarakat kita. Daripada student, mat rempit, hingga ke tok Imam yang hendak ke masjid semua menjadikan pengangkutan ini sebagai menu utama. Jimat, murah, dan boleh mencilok.

Aku sendiri mempunyai motosikal semasa belajar dahulu. Dan kini ianya telah selamat diwarisi adik aku. hehe. Wokey, so kali ni aku nak letak gamba-gambar  lawak dan melucukan yang melibatkan penunggang motosikal. As usual, aku amik gamba ni dari SINI. Come and check it out. A nice and funny blog.

a97265 g175 9 door >Motosikal dan Basikal~~~

Motosikal Berpintu pertama..

a97265 g175 3 four wheel >Motosikal dan Basikal~~~

Bagus abang ni… bawak spare tyre motor sampai 2 bijik..



a97265 g175 12 school moto >Motosikal dan Basikal~~~

Iklan grand Livina..

a97265 g175 6 squized >Motosikal dan Basikal~~~

External air bag.. safety first

a97265 g175 13 pigs >Motosikal dan Basikal~~~

Owh kiutnya Arnab-arnab itu

Tu cerita motosikal. Dan rata-rata gambar ni pun dari luar Malaysia. Paling ganas kat Malaysia ni pun hanyalah aksi-aksi mat rempit bersama motosikal dan dunia mereka.

Basikal. Berapa ramai yang minat mengkreatifkan diri dengan basikal. Tentu tidak ramai. Basikal tidaklah segempak motosikal. Namun basikal boleh di usung ketika banjir. Motosikal pulak tak boleh. Nah apa aku merepek ni..  >Motosikal dan Basikal~~~

Satu trend yang baru di kampung aku (which is Tawau btw), yang popular dalam kalangan generasi pelapis kuih lapis di sini. Modify & make up basikal mereka seganas dan seKiut yang boleh. Agak lucu. Namun jauh disudut hati terpancar cahaya kreatif dan inovatif mereka.

 >Motosikal dan Basikal~~~
Megah bergaya meluncur di jalan raya… Siap dengan cover set, Sound system, dan warna merah striking.

 >Motosikal dan Basikal~~~
Lengkap dengan hiasan bulu-bulu kat depan tu,. ditambah lagi dengan kaler pink dan sound system lagu dangdut. Sungguh terserlah identiti dan jatidiri budak Tawau.

 >Motosikal dan Basikal~~~

Muka ganas tapi basikal Hello Kitty. Siap Kusyen bentuk love gitu…

Daya kreativiti memang boleh dikembangkan asal minat dan keinginan mahu mencuba itu ada. Do what you love without any regret. Jangan peduli apa orang cakap. Yang penting speaker dengan radio tu kamu tak curi kat kereta orang sudah~~ Sekian.

SudirSuichi

This entry was posted in Tawau. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>