Assalamualaikum
Kini kita tiba di pertengahan bulan Ramadhan. Nuzul Quran akan tiba. Persoalannya setakat manakah pencapaian kita?
Tentu banyak cabaran dan dugaan. Haus dan lapar itu sudah pasti. Mengantuk secara berkala sering dialami. Melihat jam secara tiba-tiba menjadi hobi. Namun percayalah tiada yang lebih sukar dari berjauhan dengan isteri.
Tabah atau tidak terpulang kepada individu. Yang tidak puasa, teruskan ‘kecemerlangan’ anda dalam arena ‘bikin malu agama’.
Cuma mungkin ramai yang terlepas pandang. Bulan Ramadhan itu bukan kita lalui semata-mata dengan kesengsaraan. Disebaliknya terdapat rahmat. I dedicate this to my students.
Dan banyak juga antara kita yang terleka. Bahawasanya puasa kita boleh menjadi sia-sia hanya kerana ada beberapa tabiat yang susah untuk kita tinggalkan.
Well, semua ini kita tahu. Tapi hakikatnya masih banyak juga gadis dengan paha putih gebu + rambut keriting rebonding berlegar di Bazar Ramadhan. Kalau chinese tadi tidak apalah juga. Hidung pesek. Bugis rupanya.
Kalau begitu macam mana doa hendak makbul ye tak??
Diharapkan bulan Ramadhan ini juga bukan bulan kita untuk bermalas-malasan. Ditujukan khas kepada diriku sendiri. Stay active dude!
Semoga bulan Ramadhan ini menjadi platform kita untuk menjadi insan yang lebih baik, anak yang sebih soleh, pelajar yang lebih cemerlang, dan Hamba yang lebih bertaqwa.
Jikalau mendengar lagu raya itu boleh mendatangkan keinsafan, maka dengarlah puas-puas. Tapi Al-Quran jangan sesekali dilupakan. Again, Take note kids.
“We don’t need to be perfectly good to tell good things.” right? – Sekian.
*Sudir Suichi*
