Assalamualaikum
Selamat berpuasa. Bulan Ramadhan bulan yang suci. Didalamnya terdapat baraqah, seribu rahmat dan pengampunan buat kita semua.
Hari ini aku mahu post video. Video pendek yang aku rakam di tempatku bekerja, SMK Silabukan. Pelakon-pelakonnya pula sudah pasti pelajarku sendiri. Suruh belajar banyak alasan namun bila diajak berlakon semangat membara bagai atlet Olimpik London itu tiba-tiba muncul.
Ini merupakan percubaan pertama. Buat video ni best juga rupanya. Kreativiti dapat dikembangkan ke satu tahap yang lain berbanding fotografi. Wah dalam sungguh falsafahnya.
Apapun ini dia. Tidak best pun sebenarnya.
Aku menunjukkan video ini kepada isteriku. Haram satu sen pun dia tidak ketawa. Tapi bila di tayangkan di sekolah, dapat sambutan pula.
Ternyata mereka yang mengenali pelakon, dan hidup dipersekitaran sebegitu akan lebih menghayati. Hehe.
Apa yang penting, kenangan. Hopefully bila budak-budak ni sudah besar tua bangka satu hai nanti, mereka punya kenangan indah untuk diceritakan kepada dunia. Bukan semata- mata keputusan peperiksaan berdakwat merah sahaja. Sekian.
*Sudir Suichi*
