Assalamualaikum
Serius, kerja berlambak. Tapi bak kata pepatah, jika tiada mood, susah juga hendak terlaksana segala kerja. Aku update entry sajalah…
The last part is here. Pulau Bohey Dulang. A friendly word of advice, if you love photography, don’t ever come here without Ultra Wide Angle lens. Anda pasti kecewa. Lebih kecewa dari melihat kekasih dibawa lari penjual bakso.
Sebenarnya ini kali kedua aku ke Pulau Bohey Dulang. Kali pertama aku datang bersama Uncle Chang. A very nice and enjoyable trip. Mendaki, dan melihat dasar laut.
Tarikan utama di Pulau Bohey Dulang ini tentunya pemandangannya ynag menggamit mata. Mereka yang pernah melihat pasti bersetuju denganku. Pendakian yang memenatkan sememangnya berbaloi dengan apa yang dapat kita saksikan di puncak.
Mendaki??? ya! anda harus mendaki untuk melihat view. Tiada yang mudah untuk diperoleh di dunia ini. Tanpa dompet tebal anda tidak akan mampu mengurat model jelita. Tanpa iman tebal anda tidak mampu mendapat muslimah solehah. Tapi dengan muka tebal anda tetap boleh mencuba walaupun hakikatnya akan kecundang di separuh jalan.
Sama juga dengan pemandangan di Pulau Bohey dulang ini. Bagi manusia normal dan masih berhutang PTPTN, biasanya 20 minit diperuntukkan untuk mendaki.
Another friendly and sincere word of advice, make sure you wear the proper attire for this trip ok! Dua kali datang kesini, aku hanya memakai selipar jepun. Bergaya seperti pelancong luar tapi hakikatnya aku menderita semasa mendaki. Tapi tidak mengapa, kerana kekuatan seorang palauk sudah ada dalam diriku.
Dan akhirnya kita tiba!
Aku tahu gambar aku senget, kaler lari, bla bla bla. Yang penting disini ialah keindahan di puncak Pulau Bohey Dulang. Pencinta alam, inilah syurga buat anda. Bohey Dulang namanya.
Mengambil gmbar landscape secara potret. Ajaib!
Seperti yang ku katakan, kecewa akan menyelubungi diri jika anda datang tanpa wide angle lens. Tapi tidak mengapa. Syukur dengan apa yang ada, seperti kita bersyukur kerana dapat melihat keindahan sebegini.
Berdasarkan cerita rakan aku, sebenarnya terdapat air terjun di pulau ini. Kalau dia cakap di pulau ini ada dinosaur sekalipun,aku mungkin percaya. Kerana sememangnya pulau ini masih belum dicemari dan dibangunkan dengan pesat.
Tempat kita masih banyak tempat yang cantik dan indah. Kita tidak perlu menjadi jakun untuk ke negara luar sedangkan orang negara luar ramai yang jakun dengan keindahan negara kita.
Malaysia, here we have it all. Except one, out internet signal, sucks bro. The same goes with celcom. Haha.
Sehingga bertemu lagi! Esok balik kampung, bertemu family dan bakal bini yeay!
*SudirSuichi*
