Basikal, modifikasi, dan Tawau

Assalamualaikum

Selain mengumpul setem dan bercucuk tanam, satu lagi hobi masa lapangku ialah berjalan seorang diri di bandar. Melihat telatah manusia, dan menguji daya tahan kardiovaskular mungkin antara sebab aku suka berjalan walaupun panas menyengat.

Ketika aku melalui kawasan belakang Milimewa siang tadi, terlihat olehku dua sosok yang sedang duduk berbual di bucu bangunan. Berseluar pendek, berbaju kemeja petak-petak, rambut pendek terpacak kemas, dan tangan pula memegang rokok jenama seludup dari Indonesia.

Remaja duduk melepak, itu memang perkara biasa. It is not a big deal. Tapi bila menyedari yang duduk itu keduanya adalah PEREMPUAN, aku terus mendongak ke langit, sambil memerhatikan adakah kiamat akan berlaku sebentar lagi.

Ramai yang meminati bidang modifikasi dan pengubahsuaian dewasa ini. Tidak terhad kepada benda maujud semata, ramai juga yang gemar memodifikasi fitrah kejadian diri mereka sendiri. Berdosakah begitu? ataupun bolehkah? Sila tanya ustaz berhampiran anda.

Tidak mengapa, kita fokus kepada modifikasi yang bersifat positif saja ok!

Pernahkah anda melihat kumpulan-kumpulan remaja yang berbasikal di sekitar tawau? Jika tidak, mereka ni sering menyusuri Persiara Trauslen pada waktu petang. Jangan perhatikan wajah mereka, kerana mereka tidak hensem. Tapi perhatikan basikal mereka. Awesome beb!

basikal tawau 6 thumb Basikal, modifikasi, dan Tawau

Gambar-gambar basikal budak Tawau ini aku ambil semasa Karnival Belia yang berlangsung di perkarangan Majlis Perbandaran Tawau pada 1 mei 2012 yang lepas.

basikal tawau 1 thumb Basikal, modifikasi, dan Tawau

Lengkap dengan sound system, cover set menyerupai motosikal, dan tempat duduk berkusyen. Jangan tertipu, ini ialah basikal. Creative. A good one indeed.

basikal tawau 3 thumb Basikal, modifikasi, dan Tawau

Suatu masa nanti, tidak mustahil sang gadis akan lebih tertarik kepada lelaki yang mempunyai basikal berbanding sang Arjuna yang memiliki Lamborghini. Fancy sport cars? Superbike? Luxury mobile? That is so 60’s TV bro. Basikal punya zaman sekarang ni~!

basikal tawau 5 thumb Basikal, modifikasi, dan Tawau

Kreativiti tidak mengenal erti batas. Ruang untuk menunjukkan kreativiti tidak terhad. Karnival tahun 2012 ini menyaksikan Basikal Tawau yang dipamerkan jauh lebih menarik dan kacak berbanding tahun lepas.

basikal tawau 4 thumb Basikal, modifikasi, dan Tawau

Menarik bukan? Basikal dimodifikasi sedemikian rupa. Hanya di Tawau.

So thats it for today. Akan datang, gambar motosikal pula. Owh I really love photography~~

*Sudir Suichi*

This entry was posted in Tawau and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>